Galeri Kad Undangan


Sembilan hari lagi, galeri maya Kertas Cinta ini akan dilancarkan secara rasminya kepada seluruh dunia. Pelbagai persiapan berjalan lancar bagi memastikan galeri maya ini berjaya dilengkapkan sebelum tarikh pelancaran iaitu pada 9 Oktober 2011. Berinspirasikan aura bahagia bakal raja dan ratu sehari, pastinya pengalaman menempahkan kad undangan perkahwinan secara maya ini akan memudahkan urusan pasangan pengantin. Pihak Kertas Cinta juga akan memberikan layanan terbaik dan istimewa kepada para pelanggan dan kami menjamin pelaburan anda mendapatkan perkhidmatan di sini adalah sangat berbaloi. Sama-sama kita nantikan tarikh keramat 9 Oktober 2011 ini apabila Kertas Cinta mula membuka tempahan kepada orang ramai beserta promosi-promosi menarik yang pastinya mengujakan.