![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYeaD0KWF06BSPXxK3UmnePnZSuwXRUecf0H0qXQPBwWrzk1WXkfDHb1279z-ktnYHR5Dk2kz8EuaAMfmlF6UurWKsW6IN4SdBm3iwRhOzXsJ7sdQ9rX8wPWBG0L9In43vlAkNASgBIrq0/s1600/header-tempahan.jpg)
Untuk tempahan, sila emel ke kertas.cinta@gmail.com
Kami bersedia menerima segala pertanyaan dan akan melayani anda sebagai pelanggan kami paling istimewa.
Soalan-soalan Lazim
Jika saya memerlukan rekaan eksklusif tersendiri, adakah pihak Kertas Cinta akan melayani permintaan saya?
Sudah tentu. Walau bagaimanapun, sebanyak 15% yuran agensi akan dikenakan sebagai upah penghasilan rekaan mengikut keperluan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan yuran agensi?
Yuran agensi merupakan kos upah yang perlu dibayar oleh pihak pelanggan atas sebab-sebab tertentu. Hal ini bagi memastikan kelicinan dan ketelitian dalam penghasilan kad terjamin sekiranya terdapat permintaan melangkaui pakej normal yang kami tawarkan. Pengiraan adalah mengikut peratusan tertentu yang diambil daripada jumlah kos percetakan kad.
Selain daripada saiz dan jenis kertas yang ditawarkan, adakah pihak pelanggan dibenarkan membuat permintaan berlainan?
Pihak Kertas Cinta cuma menawarkan saiz dan jenis kertas seperti yang tertera. Sebarang permintaan saiz dan jenis kertas yang tidak tersenarai, tidak akan dilayani. Harap maklum.
Bagaimana pihak Kertas Cinta mendapatkan info peta lokasi tempat berlangsungnya majlis perkahwinan pelanggan?

Untuk memuaskan hati pelanggan, kami menetapkan syarat agar semua peta yang bakal dilampirkan dalam kad undangan adalah dengan lakaran pelanggan sendiri. Oleh itu, pelanggan perlu melukis peta tersebut secara manual lalu diimbas dan dilampirkan ke dalam emel kami.
Pihak Kertas Cinta telah menetapkan bahawa tempahan perlu dibuat dua bulan sebelum tarikh permulaan edaran. Bagaimana jika ada pelanggan yang mahu masa tempahan yang lebih pendek?
Untuk makluman, kami tetap menerima tempahan yang mahu disiapkan dalam tempoh yang pendek. Bagaimanapun, yuran agensi akan dikenakan mengikut tempoh tertentu. Satu bulan sebelum tarikh edaran (10% yuran agensi) dan dua minggu sebelum tarikh edaran (20% yuran agensi). Walau bagaimanapun, kami tidak menggalakkan pelanggan membuat tempahan kurang daripada dua bulan sebelum tarikh edaran bermula. Hal ini bagi mengelakkan pembaziran dan pihak pelanggan dinasihatkan agar merancang tempahan dengan teliti dan teratur.
Berapa lama masa yang diambil untuk tempahan sampai ke tempat pelanggan?
Faktor tempoh penghantaran adalah diluar bidang kuasa kami. Perkara tersebut bergantung 100% kepada syarikat pos terlibat. Bagaimanapun, kami memberi jaminan bahawa kami akan sedaya upaya menyiapkan tempahan anda bertepatan masa.