![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilHl72InW5dzfI074iGY8c0YTJ0GTrp_2BfalYvRioJeufwF7BajtIHNuma4HIDxnZdXaGvXvkr9qK89wznnM-RyPrVUvQZQ_Mpe9yETxO02XnuZwDG5Q2cLc_MKnotYUMaTOHIG5wHZSl/s1600/header-galeri.jpg)
Kad undangan perkahwinan merupakan pemudah cara juga sebagai wakil bicara anda yang mahu menjemput ahli keluarga, taulan dan kenalan ke majlis terulung. Rekaan yang eksklusif dan penuh gaya bakal memberikan persepsi positif kepada penerima jemputan. Selain gembira menerimanya daripada anda, rekaan yang menarik juga bakal diingati sepanjang musim bahkan sepanjang zaman. Kami tawarkan pelbagai pilihan rekaan, tugas anda cuma membuat pilihan paling tepat dan paling menggembirakan. Berikut tiga album dengan rekaan tersendiri untuk pilihan anda.